Zaman ini, pendrive cukup penting bagi kita. Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan Floppy-A semakin pupus atau dilupakan. Floppy-A, walaupun jauh lebih murah, tetapi sensitif dan mudah rosak menyebabkan pendrive atau thumbdrive menjadi pilihan utama masa kini. Tapi..bagaimana caranya untuk kita mengelakkan pendrive yang mempunyai virus merebak atau menjangkiti pc kita? Senang sahaja...Semasa hendak memasang pendrive ke u.s.b port pc/ laptop, pastikan terlebih dahulu anda menekan button Shift di sebelah kiri keyboard anda.(tekan shift dan jangan lepas sehingga pendrive berjaya dipasang).itu sahaja yang perlu anda lakukan. selamat berjaya!
Kali ini aku akan membawa satu isu yang agak menarik. Pernahkah anda terfikir kenapa di sesetengah tempat talian internet sudah tinggi tapi capaian internet masih lagi perlahan. Pernahkah anda terfikir mengapa ada organisasi yang talian internet rendah tapi capaian internet tidak pernah terputus atau terganggu? Pertama, kebanyakan organisasi pasti mempunyai polisi penggunaan internet. Perkara yang menjadi persoalan di sini ialah sejauh mana perlaksanaan polisi itu di laksanakan. Contoh polisi ialah pengguna tidak boleh melayari laman web yang menggunakan bandwith yang tinggi. Jika pengguna internet di organisasi tersebut tidak mengamalkan polisi yang telah digariskan trafik internet akan meningkat dan ini akan memperlahankan capaian internet sedia ada. Selain itu juga , kadang – kadang internet ini menjadi perlahan bukan di sebabkan oleh pengguna sahaja, ia juga boleh disebabkan oleh virus yang telah menyerang komputer atau struktur rangkaian di tempat anda . Oleh itu , pastikan anda meggunakan komputer dengan cara yang betul . Contohnya pastikan anda mempunyai antivirus dan pastikan virus paten diupdate bagi menggelakkan serangan atau jangkitan virus berlaku . Talian internet seringkali menjadi perlahan diwaktu tengahhari. Waktu ini dipanggil waktu puncak. Pada waktu ini ramai pengguna yang sedang mengakses dalam satu – satu masa . Oleh itu , anda adalah disarankan pilihlah waktu yang sesuai untuk melayari internet.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi cache memory yang kita sering dengar bila bercakap tentang komputer. Apa sebenarnya cache memory itu?Emm.Baiklah, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini tentang cache memory. Sebenarnya, cache memory adalah merupakan tempat simpanan data atau informasi (maklumat) sementara yang kerap digunakan atau diakses oleh sesebuah komputer.Cache memory terletak pada CPU atau bersebelahanya pada chip yang berasingan. CPU menggunakan cache memory untuk menyimpan arahan yang kerap digunakan untuk menjalankan sesebuah program. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kelajuan sistem secara keseluruhan. Terdapat 2 bahagian cache memory pada komputer iaitu level 1 dan level 2 yang sering diisitilahkan dengan cache L1 dan L2. Cache L1 terdapat pada CPU secara terbina dalam manakala cache L2 pula terletak dalam cip berasingan dan terletak berdekatan dengan CPU. Sesetengah CPU mempunyai L1 dan L2 secara terbina dalam dan L3 terletak di luarnya. CPU yang mempunyai cache memory terbina dalam lebih pantas berbanding dengan yang berada di luar kerana ia beroperasi seiring dengan kelajuan mikroprosessornya. Walaubagaimanapun, cache yang berasingan secara kasarnya adalah 2 kali ganda lebih laju sepertimana Random Acces Memory (RAM). Cache memory lebih mahal harganya berbanding dengan RAM tetapi amat berbaloi membeli CPU dan papan induk yang mempunyai cache terbina dalam untuk memaksimunkan keupayaan sistem.
Langkah- langkahnya.. 1. klik kanan pada mouse di ruang kosong pada dekstop anda. 2. klik new. 3. klik shortcut. 4. tetingkap create shortcut akan muncul. taipkan -s -t 0.klik next.selepas itu finish. 5. shortcut anda akan kelihatan di dekstop. klik kanan pada shortcut anda, dan klik properties-->change ikon. 6. rename atau namakan shortcut anda. selamat mencuba!!!
Arghhh!!! dah lama saya tak update blog ni! bz la..lek keje dah penat..hari ni ada free skit. ok la..korang baca j la entri kali ni. Windows XP mengandungi satu direktori yang dipanggil Prefetch bagi menyimpan fail-fail dan aplikasi yang sering dicapai. Dengan prefetching atau dalam bahasa mudahnya "mengambil semula", Windows XP boleh membaca terus data-data di dalam direktori simpanan (cache) ini. Dengan ini anda akan mendapati prefetching boleh membantu meningkatkan kelajuan capaian fail dalam sistem. Walaubagaimanapun, sesetengah fail-fail di dalam direktori Prefetch jarang digunakan. Kesannya anda akan mengalami kelembapan semasa komputer dihidupkan (boot). Untuk mengatasi isu ini: 1 klik start button. 2 klik run dan taip prefetch. 3 tetingkap prefetch akan muncul. 4 pilih semua fail yang ada pada tetingkap itu dan delete.
Seterusnya pergi ke HKey_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\ShellNoRoam\MUICache dan cari perkataan My Computer. Double Klik pada data tersebut.
Gantikan perkataan My Computer kepada perkataan yang anda fikirkan sesuai.
Sekarang tutup aplikasi regedit anda, klik pada ikon My Computer dan tekan F5 pada desktop. Perhatikan My Computer anda telah berubah kepada nama yang anda ubah. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengubah nama Recycle Bin dan sebagainya.
Mouse atau dalam Bahasa Melayu di panggil tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan mouse.Mouse boleh diibaratkan sebagai tangan manusia.Tanpa mouse kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan menggunakan keyboard.
Mouse berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan mouse ke komputer iaitu :
- Standard Serial Mouse.
- PS2
- USB
- Wireless


