Perisian ini boleh digunakan semua komputer. Anda tidak perlu membayar untuk perisian ini tetapi anda boleh memberi derma atau sokongan dalam pembangunan perisian ini.
Format yang di sokong dalam perisian ini antaranya :-
Perisian ini boleh digunakan pada Windows 98/ME/NT/2000/XP/Vista.
Muat turun di sini.
Zaman ini, pendrive cukup penting bagi kita. Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan Floppy-A semakin pupus atau dilupakan. Floppy-A, walaupun jauh lebih murah, tetapi sensitif dan mudah rosak menyebabkan pendrive atau thumbdrive menjadi pilihan utama masa kini. Tapi..bagaimana caranya untuk kita mengelakkan pendrive yang mempunyai virus merebak atau menjangkiti pc kita? Senang sahaja...Semasa hendak memasang pendrive ke u.s.b port pc/ laptop, pastikan terlebih dahulu anda menekan button Shift di sebelah kiri keyboard anda.(tekan shift dan jangan lepas sehingga pendrive berjaya dipasang).itu sahaja yang perlu anda lakukan. selamat berjaya!
Kali ini aku akan membawa satu isu yang agak menarik. Pernahkah anda terfikir kenapa di sesetengah tempat talian internet sudah tinggi tapi capaian internet masih lagi perlahan. Pernahkah anda terfikir mengapa ada organisasi yang talian internet rendah tapi capaian internet tidak pernah terputus atau terganggu? Pertama, kebanyakan organisasi pasti mempunyai polisi penggunaan internet. Perkara yang menjadi persoalan di sini ialah sejauh mana perlaksanaan polisi itu di laksanakan. Contoh polisi ialah pengguna tidak boleh melayari laman web yang menggunakan bandwith yang tinggi. Jika pengguna internet di organisasi tersebut tidak mengamalkan polisi yang telah digariskan trafik internet akan meningkat dan ini akan memperlahankan capaian internet sedia ada. Selain itu juga , kadang – kadang internet ini menjadi perlahan bukan di sebabkan oleh pengguna sahaja, ia juga boleh disebabkan oleh virus yang telah menyerang komputer atau struktur rangkaian di tempat anda . Oleh itu , pastikan anda meggunakan komputer dengan cara yang betul . Contohnya pastikan anda mempunyai antivirus dan pastikan virus paten diupdate bagi menggelakkan serangan atau jangkitan virus berlaku . Talian internet seringkali menjadi perlahan diwaktu tengahhari. Waktu ini dipanggil waktu puncak. Pada waktu ini ramai pengguna yang sedang mengakses dalam satu – satu masa . Oleh itu , anda adalah disarankan pilihlah waktu yang sesuai untuk melayari internet.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi cache memory yang kita sering dengar bila bercakap tentang komputer. Apa sebenarnya cache memory itu?Emm.Baiklah, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini tentang cache memory. Sebenarnya, cache memory adalah merupakan tempat simpanan data atau informasi (maklumat) sementara yang kerap digunakan atau diakses oleh sesebuah komputer.Cache memory terletak pada CPU atau bersebelahanya pada chip yang berasingan. CPU menggunakan cache memory untuk menyimpan arahan yang kerap digunakan untuk menjalankan sesebuah program. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kelajuan sistem secara keseluruhan. Terdapat 2 bahagian cache memory pada komputer iaitu level 1 dan level 2 yang sering diisitilahkan dengan cache L1 dan L2. Cache L1 terdapat pada CPU secara terbina dalam manakala cache L2 pula terletak dalam cip berasingan dan terletak berdekatan dengan CPU. Sesetengah CPU mempunyai L1 dan L2 secara terbina dalam dan L3 terletak di luarnya. CPU yang mempunyai cache memory terbina dalam lebih pantas berbanding dengan yang berada di luar kerana ia beroperasi seiring dengan kelajuan mikroprosessornya. Walaubagaimanapun, cache yang berasingan secara kasarnya adalah 2 kali ganda lebih laju sepertimana Random Acces Memory (RAM). Cache memory lebih mahal harganya berbanding dengan RAM tetapi amat berbaloi membeli CPU dan papan induk yang mempunyai cache terbina dalam untuk memaksimunkan keupayaan sistem.
Langkah- langkahnya.. 1. klik kanan pada mouse di ruang kosong pada dekstop anda. 2. klik new. 3. klik shortcut. 4. tetingkap create shortcut akan muncul. taipkan -s -t 0.klik next.selepas itu finish. 5. shortcut anda akan kelihatan di dekstop. klik kanan pada shortcut anda, dan klik properties-->change ikon. 6. rename atau namakan shortcut anda. selamat mencuba!!!
Arghhh!!! dah lama saya tak update blog ni! bz la..lek keje dah penat..hari ni ada free skit. ok la..korang baca j la entri kali ni. Windows XP mengandungi satu direktori yang dipanggil Prefetch bagi menyimpan fail-fail dan aplikasi yang sering dicapai. Dengan prefetching atau dalam bahasa mudahnya "mengambil semula", Windows XP boleh membaca terus data-data di dalam direktori simpanan (cache) ini. Dengan ini anda akan mendapati prefetching boleh membantu meningkatkan kelajuan capaian fail dalam sistem. Walaubagaimanapun, sesetengah fail-fail di dalam direktori Prefetch jarang digunakan. Kesannya anda akan mengalami kelembapan semasa komputer dihidupkan (boot). Untuk mengatasi isu ini: 1 klik start button. 2 klik run dan taip prefetch. 3 tetingkap prefetch akan muncul. 4 pilih semua fail yang ada pada tetingkap itu dan delete.
Seterusnya pergi ke HKey_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\ShellNoRoam\MUICache dan cari perkataan My Computer. Double Klik pada data tersebut.
Gantikan perkataan My Computer kepada perkataan yang anda fikirkan sesuai.
Sekarang tutup aplikasi regedit anda, klik pada ikon My Computer dan tekan F5 pada desktop. Perhatikan My Computer anda telah berubah kepada nama yang anda ubah. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengubah nama Recycle Bin dan sebagainya.
Mouse atau dalam Bahasa Melayu di panggil tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan mouse.Mouse boleh diibaratkan sebagai tangan manusia.Tanpa mouse kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan menggunakan keyboard.
Mouse berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan mouse ke komputer iaitu :
- Standard Serial Mouse.
- PS2
- USB
- Wireless
Apa itu Floppy Drive ? Floppy Drive adalah harware atau perkakasan yang digunakan untuk membaca disket.Kebanyakkan komputer sekarang tidak mempunyai Floppy Drive.Namun begitu Floppy Drive masih diperlukan di dalam situasi tertentu.Sebagai contoh jika data lama yang anda simpan dalam disket perlu digunakan , sedangkan komputer/laptop anda tidak memiliki Floppy Drive.Apa yang anda perlu lakukan :
Bawa disket tersebut ke komputer yang memiliki Floppy Drive atau pun beli external Floppy Drive atau pun tipu komputer anda.
Apa yang dimaksudkan dengan tipu komputer anda? Apa yang saya maksudkan dengan tipu komputer anda adalah , anda perlu install satu software Virtual Floppy Drive ke komputer anda.Anda boleh muat turun di sini.
Cuba anda ikut step yang saya sediakan ni...
Perisian Childsplay merupakan salah satu perisian percuma dan sumber terbuka. Perisian ini sungguh mudah digunakan dan amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak samada di tadika, tabika mahupun sekolah rendah. Perisian percuma ini mempunyai pelbagai jenis permainan mudah antaranya adalah jenis mengingati, mengenal huruf, mengingati bunyi, dan juga teka silangkata mudah.

Perisian ini juga mempunyai plug-in yang membolehkan anda memasang permainan tambahan selain dari yang dibekalkan dengan fail asal. Perisian ini boleh dimainkan dengan menggunakan Windows (98/ME/2K/XP) , Linux dan juga Mac Os X.
Jika sebelum ini anda agak sukar memuat turun Adobe Reader kerana saiz yang agak besar, kali ini anda boleh dapatkan perisian Sumatra PDF viewer. Saya telah mencuba perisian ini dan sangat kagum kerana saiznya adalah kira-kira 845KB sahaja.

Saya juga telah mencuba membuka dokumen PDF dengan ada “password” dan saya dapati ianya tidak bermasalah. Perisian ini juga boleh dipasang pada thumbdrive atau external hard disk kerana ianya tidak mempunyai fail external atau fail tambahan seperti dll.
Jika anda ingin mendapatkan perisian ini, anda boleh dapatkan secara terus dengan memuat turun pada laman web rasmi perisian Sumatra PDF ini.
VLC merupakan perisian sumber terbuka pemain media ataupun lebih dikenali sebagai media player. Apa yang menarik pada perisian ini adalah keupayaannya membuka hampir kesemua jenis media seperti MPEG-1, MPEG-2, MPEG-4, DivX, mp3, ogg, dan banyak lagi serta boleh juga memainkan DVD, VCD, dan pelbagai streaming media.Perisian ini juga boleh dipasang di kebanyakan sistem operasi yang popular seperti Windows, Mac OS dan juga lebih dari 12 jenis linux. Saiz perisian ini untuk digunakan pada Windows adalah kira-kira 10 MB sahaja dan ianya adalah perisian yang bebas dari sebarang adware, spyware dan juga virus. Saya sendiri lebih gemar menggunakan perisian VLC ini kerana saya tidak perlu memasang perisian lain untuk memainkan pelbagai jenis fail media yang saya ada.Berikut adalah screen shot perisian tersebut:-
Perisian ini juga boleh disesuaikan dengan “skin” yang menarik untuk disesuaikan dengan komputer anda seperti juga pemain media player lain seperti WinAmp dan lain-lain.Untuk memuat turun perisian ini, sila klik di sini
Bagi yang sudah biasa menggunakan perisian Microsoft Office terutama di pejabat, sudah tentunya tidak ada masalah apabila anda menggunakan perisian percuma Open Office. Perisian ini bukan sahaja percuma, malah setanding dengan perisian berbayar Microsoft Office.

Perisian ini didatangkan dengan aplikasi yang sinonim dengan Ms Office. Antaranya :-
- Writer - Setanding dengan perisian Microsoft Word
- Calc - Setanding dengan perisian Microsoft Excel
- Impress - Setanding dengan perisian Microsoft Power Point
- Base - Setanding fungsi di dalam Microsoft Access
Di samping itu juga, terdapat juga Draw di mana fungsinya hampir sama yang anda gunakan di dalam Microsoft Word apabila membuat carta ataupun membuat lakaran. Perisian ini telah berusia lebih dari 20 tahun dan boleh di pasang pada kebanyakan sistem operasi seperti Windows, GNU/Linux, Sun Solaris dan juga Apple Mac.
Saiz perisian ini adalah kira-kira 128MB. Untuk muat turun, klik di sini.
Tips yang ini pula, walaupun nampak simple atau remeh..sebenarya masih ramai yang tak tahu. Jom cuba...
1. Klik kanan pada mouse di desktop anda dan klik pada show desktop icons bagi menghilangkan desktop ikon pada komputer anda.
2.Selepas itu tiada lagi ikon di dekstop anda.
3. Jangan risau..jika ingin kembalikan ikon, anda hanya perlu buat seperti di atas iaitu klik kanan pada mause dan pilih show desktop icons.
4. Hasilnya kembali kpd yg asal atau defaults iaitu ikon pada desktop akan di paparkan.

Lucky Laki - Bukan Superman Akim AF7 - Bengang Aizat - Kau Aku ST 12 – Puspa Tomok - Rindu Terhenti Adam AF - Ku Bertanya Adam - Benar Benar Aliff Aziz - Cinta Arjuna Faizal Tahir - Coba Siti Saerah - Hero Wayang (feat. Damian, Cham, Shah VE & Dali Ahli Fiqir) D'Masiv - Cinta Ini Membunuhku XPDC - Selendang Merdeka XPDC - Bahalol XPDC - Ntahapaapatah XPDC - C.t cinta kenangan silam Toy Angklung,Man Kidal Hattan - Umbrella,Seruan,Biso Bonar (Anugerah Era 2007) Aznil - Toyol Jinbara feat Ahli Fiqir - Zakiah Awie - Aduhai Alahai(Ost Cinta U-Turn) Estranged - Yang Pernah Acha ft Irwansyah - Aku Bersujud Lari – The Fabulous Cats (bersama Kombat) Menggegar Dunia – Adam & Stacy Ahli Fiqir – Derita Merindu Liyana Jasmay-Aku Jatuh Cinta Brothers – Doa Perpisahan YUNA – Dan Sebenarnya ( Radio Edit ) Yuna_Dan-Sebenarnya.mp3(AJL24) Black_Aku-Rindu-Sayang-Kamu.mp3 Hotel California (unplugged) – The Eagles ok la..bila free aku post lagi
Sebelum melakukan format ke atas hard disk, pastikan terlebih dahulu bahawa di dalam hard disk tersebut tersebut tiudak terdapat data ataupun data telah dipindahkan kepada cakera keras yang lain. Biasanya hard disk di ?format? lain sekiranya ia diserang virus. Terdapat beberapa cara untuk melakukan format antaranya:-
1. Menggunakan program DEBUG. 2. Menggunakan program FDISK ( Low level format )
Format Menggunakan program DEBUG
- Mula-mula pasangkan dengan lengkap Hard Disk yang hendak diformat pada satu set komputer yang lengkap. - Kemudian ?Boot?kan komputer dengan mengguakan disket yang mempunyai sistem booting di dalamnya. - Taipkan arahan DEBUG pada A:\> prompt dan tekan ENTER
??????????? A:\> DEBUG
- Selepas itu dibawah arahan ini taipkan seperti beikut:-
??????????? A:\> DEBUG ?????????????????? – g=c800:5????????? Tekan ENTER
- Selepas keluar arahan RETURN tekan ENTER sekali lagi. - Apabila keluar arahan Y/N, kita perlu pilih/tekan ?N? - Hard Disk tersebut akan mula diformat. Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)
- Mula-mula ?set?kan sistem ?booting? kepada drive A: dengan cara memasuki ?Setup?. - Kemudian ?boot?kan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai sistem ?booting? di dalamnya sehingga keluar A:/>. - Pada A:\> taipkan seperti berikut:-
??????????? A:\> FDISK? Tekan ENTER
- Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-
??????????? Choose one of the following:- ??????????? 1. Create DOS partition or Logical DOS Drive. ??????????? 2. Set active partition. ??????????? 3. Delete partition or Logical DOS Drive. ??????????? 4. Display partition information.
??????????? ENTER Choice : [x]
- Pilih ?4? dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard disk. - Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih ?3? dan tekan ENTER untuk memadamkan partition tersebut. - Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan. - Kemudian pilih ?1? (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang dipadam tadi dan juga untuk membolehkan komputer ini ? ?boot? dengan sendirinya tanpa menggunakan disket. - Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini. - Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam drive A dan mulakan format dengan menaip arahan ?? seperti berikut:-
??????????? A:\> format c:/s/v
- Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih ?Y? untuk meneruskan arahan format ataupun ?N? sekiranya tidak? mahu format hard disk tersebut.
Firefox memang diketahui ramai menggunakan jumlah RAM yang tinggi. Sekiranya anda juga menghadapi masalah lambatnya Firefox untuk mempamirkan laman, anda boleh cuba kaedah ini, moga-moga ianya membantu mempercepatkan Firefox anda dalam mempamirkan laman…
1. Pada Tab baru, taip about:config dan tekan kekunci Enter
Sekiranya anda berdepan dengan amaran di atas setelah anda tekan kekunci Enter, maka tekan sahaja butang “I’ll be careful, I promise!”
2. Pada kotak “Filter” taipkan “ network.http”
3. Andainya “network.http.pipelining” masih lagi “false” tukarkan kepada “true.”
4. Tetapkan “network.http.proxy.pipelining” kepada “true.”
5. Tetapkan “network.http.pipelining.maxrequests” kepada 8.
6. Klik butang kanan mouse anda pada mana-mana tempat dalam about:config itu dan pilih “New-Integer” dan namakannya sebagai “nglayout.initialpaint.delay” dengan nilai 0.
Selamat mencuba.
Jika anda menghadapi kesukaran memasang WMP 11 pada XP anda, anda boleh cuba langkah berikut:
1. Mula-mula muatturun WMP 11
2. Kemudian ‘extract’ fail yang telah anda muatturun itu menggunakan perkakasan yang biasa seperti WinZip, Winrar ataupun 7zip.
3. Pergi kepada folder yang telah anda ‘extract’ tadi.
4. Jalankan fail wmfdist11.exe.
5. Setelah itu jalankan pula fail wmp11.exe
6. Bila sudah selesai, ‘reboot’ komputer anda dan anda sepatutnya akan dapat menggunakan WMP11.
Sewaktu bekerja di sebuah kementerian kerajaan, saya selalu menghadapi masalah tidak dapat membuka laman web yang tertentu kerana ianya telah disekat.
Kalau laman web seperti Facebook dan YouTube sahaja yang disekat, tak apalah. Namun sekatan adalah dibuat berdasarkan keyword, dan ia sangat menganggu saya dalam mencari maklumat di Internet.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan UltraSurf. Anda cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.
Jika anda ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666
UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb)
Dapatkan UltraSurf di http://www.ultrareach.com/
Pengeluaran windows 7 pada 22 oktober yang lalu masih lagi hangat untuk kita semua,namun samada kita tahu ataupun tidak pembangunan sistem operasi selepas windows 7 iaitu windows 8 dikatakan bakal direalisasikan pada akhir 2011 ataupun awal tahun 2012…Bukan itu sahaja,Windows Server 8 dijangkakan akan turut direalisasikan. walaupun berita mengenai windows 8 buat masa kini masih belum banyak boleh diperkatakan namun terdapat beberapa info mengenai windows 8 ini : Jika Windows 7 dikatakan lebih baik daripada Windows Vista,Nampaknya Microsoft perlu menjadikan Windows 8 lebih baik dari Windows 7.Sama-sama kita menunggu berita mengenai Windows 8 ini.
Kenapa perlu Disk Cleanup?
- Membuang fail sejarah penggunaan internet (temporary internet files)
- Membersihkan Recycle Bin
- Membuang fail-fail/komponen dalam Windows yang tidak diperlukan
- Membuang semua komponen-komponen semasa install.
Bagaimana caranya melakukan Disk Cleanup?
- Klik pada Start > All Programs.
- Teruskan ke Accessories.
- Pilih System Tools.
- Pilih Disk Cleanup.
- Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup dan klik OK.
Anda juga boleh melakukan dengan cara ini:
- Klik pada Start > Run.
- Klik Run.
- Taipka cleanmgr
- Klik OK.
- Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup dan klik OK.
Tahukan anda,sebenarnya anda tidak dapat membuat folder bernama con.Microsoft termasuk Bill Gates sendiri pun tak tahu sebab apa nama tersebut tidak dapat digunakan untuk folder.Cuba anda hasilkan satu folder dan namakan folder tersebut con,sememangnya gagal.Ia datang dari Windows XP dan tadi apabila saya mencuba di Windows Vista perkara yang sama juga berlaku.Gagal! Bukan itu sahaja semua nama berikut juga tidak dapat digunakan untuk menamakan sesuatu folder PRN, AUX, NUL, COM1, COM2, COM3, COM4, COM5, COM6, COM7, COM8, COM9, LPT1, LPT2, LPT3, LPT4, LPT5, LPT6, LPT7, LPT8, dan LPT9.
1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana. 2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan. 3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk. 4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu. 5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli. 6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli. 7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.
file .docx merupakan file office 2007. So...anda tidak boleh membukanya di office 2003. Anda perlu membuka file tersebut menggunakan office 2007. Pastikan semasa anda membuat file di office 2007 dan simpan dengan save as sebagai versi 2003 dapat di baca.
Tahukah anda! Open office telah menyediakan kemudahan secara default untuk export ke file PDF. Dengan ini memudahkan pengguna bagi export file yang dihasilkan ke dalam PDF. Dengan kemudahan ini anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari perisian untuk menghasilkan file pdf.
Sekian lama saya dah install open office baru semalam baru perasan itu pun secara kebetulan :)
Download open office utk windowsMasalah: apabila membuka file excell baru atau file excel yang lama menjadi blank atau kosong. penyelesaian: Buka file excel->klik tool->option->General->untick ignore others applications
Perisian superantispyware ini dapat membuang spyware, adware, trojan dan dll. Perisian ini dapat buang dan detect 1 000 000 threats.
Kelebihan perisian ini :-
Download perisian SuperAntiSpyware
Saya ingin kongsikan dengan anda untuk membuat slide show dalam power point anda supaya slide yang dipaparkan berulang secara sendiri atau automatik tanpa anda perlu klik. Dengan kaedah ini ia akan repeat atau ulang slide anda dengan automatik sehingga anda menekan keyboard button "ESC".
Langkah-langkahnya:
1. Anda buka slide presentation file power point anda.
2. klik pada "slide show" pada menu atas di power point anda dan "pilih setup show".
3. Selepas anda setkan pada "show options" sebagai "loop continuosly until esc".
4.Cuba anda view show dan lihat hasilnya.
semoga berjaya...
Windows 7 Starter (x86) Windows 7 HOMEBASIC (x86) Windows 7 HOMEPREMIUM (x86) Windows 7 PROFESSIONAL (x86) Windows 7 ULTIMATE (x86)” Windows 7 Starter N (x86) Windows 7 HOMEBASIC N (x86) Windows 7 HOMEPREMIUM N (x86) Windows 7 PROFESSIONAL N (x86) Windows 7 ULTIMATE N (x86) Windows 7 ENTERPRISE (x86) Windows 7 ENTERPRISE (x64) Windows 7 Starter (x64) Windows 7 HOMEBASIC (x64) Windows 7 HOMEPREMIUM (x64) Windows 7 PROFESSIONAL (x64) Windows 7 ULTIMATE (x64)” Windows 7 ENTERPRISE (x64 Windows 7 Starter N (x64) Windows 7 HOMEBASIC N (x64) Windows 7 HOMEPREMIUM N (x64) Windows 7 PROFESSIONAL N (x64) Windows 7 ULTIMATE N (x64)

Gmail merupakan salah satu email percuma yang disediakan oleh Google. Statistik terkini pengguna Gmail diseluruh dunia pada 2008 adalah 91.6 juta pengguna.
Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk setting Vacation Responder pada Gmail. Vacation responder berfungsi untuk membalas email secara automatik kepada pengirim email (sender).
Kebiasaannya, setting ini digunakan apabila penerima email (recipient) tidak dapat membalas email tersebut pada waktu tersebut. Setelah email di hantar, vacation responder akan membalas satu email pengesahan terus kepada akaun email pengirim.
Bagaimana untuk setting Vacation Responder?
- Login ke akaun Gmail
- Klik pada pautan Settings (terletak di bahagian atas kanan)
- Klik pada pautan General
- Scroll tetikus ke bawah dan cari bahagian Vacation responder
- Tandakan pada Vacation responder on
- Masukkan Subject contohnya Terima kasih kerana menghubungi Mohd Zaini
- Masukkan Message, contohnya Buat masa sekarang saya sedang sibuk. Saya akan menghubungi pihak anda dalam masa terdekat. Terima kasih.
- Klik Save Changes dan setting telah berjaya.
Antivirus memang penting untuk komputer. Tujuan utama adalah untuk menjaga data dan komponen komputer daripada serangan virus, spyware, malware dan trojan. Apabila ada antivirus sekurang-kurangnya dapat melindungi sistem komputer.
Kenapa saya kata sekurang-kurangnya?
Sebab utama adalah tidak semua antivirus di dunia dapat melindungi 100% keselamatan komputer saya dan anda. Ada virus dicipta khas untuk menembusi sesuatu antivirus. Namun, bukti kukuh masih lagi belum saya temui.
Saya pernah menggunakan ativirus percuma dan berbayar. Antivirus percuma yang saya gunakan adalah AVG Anti Virus dan Avast Home Edition. Antivirus percuma selalunya mempunyai ciri-ciri terhad dan jika inginkan full version kena dapatkan yang berbayar. Manakala antivirus berbayar adalah Kaspersky.
Tetapi apabila sudah pasang antivirus, pastikan selalu dikemaskini (update). Proses kemaskini antivirus boleh dilakukan menggunakan internet atau pun folder download. Tujuan utama adalah, antivirus anda bersedia dengan fungsi terkini untuk mengesan virus. Tujuan kedua adalah, virus setiap masa dan ketika sendiri dicipta dan dilancarkan di internet.
Berikut saya senaraikan beberapa antivirus yang boleh dimuat turun (download) secara percuma (trial version):
Ping bertujuan untuk mengetahui sama ada sesuatu destinasi (destination) itu wujud atau tidak. Ping dihasilkan daripada sumber utama (source). Jika destinasi itu wujud ia akan bertindak balas dengan memberitahu statusnya. Contoh sukan yang menggunakan konsep ini adalah ping pong.
Contohnya apabila kita menggunakan command prompt untuk ping sesuatu laman web. Jika hasil ping adalah reply, bermakna laman web tersebut masih lagi aktif.
Di bawah adalah contoh laman web yang saya ping. Apabila lakukan proses ping, website tersebut memberi tindak balas yang positif. Jadi, laman web tersebut aktif.
Sebenarnya, ping ini mendapat ilham daripada perbualan dan hubungan kita setiap hari. Misalnya, apabila kita ke rumah rakan kita akan memberi salam (proses ping daripada sumber). Jadi hasilnya ada dua:
1. Salam kita dijawab. Proses ping dua hala berlaku dan berjaya kerana ada tindak balas yang positif.
2. Salam kita tidak dijawab. Adakah rakan kita tiada di rumah? Keluarkah atau sudah pergi tak kembali? Tiada tindakbalas. Jadi kita tahu rakan kita tiada di rumah.
Sebagai pengguna internet dan networking tegar, aplikasi ping seperti command prompt adalah salah satu benda wajib. Tujuan utama untuk menyemak status destination sama ada aktif atau sebaliknya.
Apa kita boleh buat dengan ping?
1. Jika internet bermasalah (down), cuba ping laman web kegemaran anda menggunakan command prompt. Jika ada reply bermaksud talian internet anda masih lagi mempunyai sambungan. Mungkin bermasalah kepada DNS dan browser anda.
2. Bertegur sapa seharian. Gunakan konsep ping untuk berbual, bertanya khabar dan berbincang.
3. Ping blog atau website anda guna Pingler.com. Satu website yang dapat memberitahu search engine maklumat terkini/update blog.





