Firefox memang diketahui ramai menggunakan jumlah RAM yang tinggi. Sekiranya anda juga menghadapi masalah lambatnya Firefox untuk mempamirkan laman, anda boleh cuba kaedah ini, moga-moga ianya membantu mempercepatkan Firefox anda dalam mempamirkan laman…
1. Pada Tab baru, taip about:config dan tekan kekunci Enter
Sekiranya anda berdepan dengan amaran di atas setelah anda tekan kekunci Enter, maka tekan sahaja butang “I’ll be careful, I promise!”
2. Pada kotak “Filter” taipkan “ network.http”
3. Andainya “network.http.pipelining” masih lagi “false” tukarkan kepada “true.”
4. Tetapkan “network.http.proxy.pipelining” kepada “true.”
5. Tetapkan “network.http.pipelining.maxrequests” kepada 8.
6. Klik butang kanan mouse anda pada mana-mana tempat dalam about:config itu dan pilih “New-Integer” dan namakannya sebagai “nglayout.initialpaint.delay” dengan nilai 0.
Selamat mencuba.


