Perisian Percuma Open Office

Bagi yang sudah biasa menggunakan perisian Microsoft Office terutama di pejabat, sudah tentunya tidak ada masalah apabila anda menggunakan perisian percuma Open Office. Perisian ini bukan sahaja percuma, malah setanding dengan perisian berbayar Microsoft Office.

Open Office

Perisian ini didatangkan dengan aplikasi yang sinonim dengan Ms Office. Antaranya :-

  • Writer - Setanding dengan perisian Microsoft Word
  • Calc - Setanding dengan perisian Microsoft Excel
  • Impress - Setanding dengan perisian Microsoft Power Point
  • Base - Setanding fungsi di dalam Microsoft Access

Di samping itu juga, terdapat juga Draw di mana fungsinya hampir sama yang anda gunakan di dalam Microsoft Word apabila membuat carta ataupun membuat lakaran. Perisian ini telah berusia lebih dari 20 tahun dan boleh di pasang pada kebanyakan sistem operasi seperti Windows, GNU/Linux, Sun Solaris dan juga Apple Mac.

Saiz perisian ini adalah kira-kira 128MB. Untuk muat turun, klik di sini.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply