Vacation Responder Untuk Pengguna Gmail

Gmail merupakan salah satu email percuma yang disediakan oleh Google. Statistik terkini pengguna Gmail diseluruh dunia pada 2008 adalah 91.6 juta pengguna.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk setting Vacation Responder pada Gmail. Vacation responder berfungsi untuk membalas email secara automatik kepada pengirim email (sender).

Kebiasaannya, setting ini digunakan apabila penerima email (recipient) tidak dapat membalas email tersebut pada waktu tersebut. Setelah email di hantar, vacation responder akan membalas satu email pengesahan terus kepada akaun email pengirim.

Bagaimana untuk setting Vacation Responder?

  1. Login ke akaun Gmail
  2. Klik pada pautan Settings (terletak di bahagian atas kanan)
  3. Klik pada pautan General
  4. Scroll tetikus ke bawah dan cari bahagian Vacation responder
  5. Tandakan pada Vacation responder on
  6. Masukkan Subject contohnya Terima kasih kerana menghubungi Mohd Zaini
  7. Masukkan Message, contohnya Buat masa sekarang saya sedang sibuk. Saya akan menghubungi pihak anda dalam masa terdekat. Terima kasih.
  8. Klik Save Changes dan setting telah berjaya.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply