Kesan Prefetch dalam XP

Arghhh!!! dah lama saya tak update blog ni! bz la..lek keje dah penat..hari ni ada free skit. ok la..korang baca j la entri kali ni. Windows XP mengandungi satu direktori yang dipanggil Prefetch bagi menyimpan fail-fail dan aplikasi yang sering dicapai. Dengan prefetching atau dalam bahasa mudahnya "mengambil semula", Windows XP boleh membaca terus data-data di dalam direktori simpanan (cache) ini. Dengan ini anda akan mendapati prefetching boleh membantu meningkatkan kelajuan capaian fail dalam sistem. Walaubagaimanapun, sesetengah fail-fail di dalam direktori Prefetch jarang digunakan. Kesannya anda akan mengalami kelembapan semasa komputer dihidupkan (boot). Untuk mengatasi isu ini: 1 klik start button. 2 klik run dan taip prefetch. 3 tetingkap prefetch akan muncul. 4 pilih semua fail yang ada pada tetingkap itu dan delete.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply