Apa itu Cache Memory?

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi cache memory yang kita sering dengar bila bercakap tentang komputer. Apa sebenarnya cache memory itu?Emm.Baiklah, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini tentang cache memory. Sebenarnya, cache memory adalah merupakan tempat simpanan data atau informasi (maklumat) sementara yang kerap digunakan atau diakses oleh sesebuah komputer.Cache memory terletak pada CPU atau bersebelahanya pada chip yang berasingan. CPU menggunakan cache memory untuk menyimpan arahan yang kerap digunakan untuk menjalankan sesebuah program. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kelajuan sistem secara keseluruhan. Terdapat 2 bahagian cache memory pada komputer iaitu level 1 dan level 2 yang sering diisitilahkan dengan cache L1 dan L2. Cache L1 terdapat pada CPU secara terbina dalam manakala cache L2 pula terletak dalam cip berasingan dan terletak berdekatan dengan CPU. Sesetengah CPU mempunyai L1 dan L2 secara terbina dalam dan L3 terletak di luarnya. CPU yang mempunyai cache memory terbina dalam lebih pantas berbanding dengan yang berada di luar kerana ia beroperasi seiring dengan kelajuan mikroprosessornya. Walaubagaimanapun, cache yang berasingan secara kasarnya adalah 2 kali ganda lebih laju sepertimana Random Acces Memory (RAM). Cache memory lebih mahal harganya berbanding dengan RAM tetapi amat berbaloi membeli CPU dan papan induk yang mempunyai cache terbina dalam untuk memaksimunkan keupayaan sistem.

Cipta shortcut untuk shutdown

Langkah- langkahnya.. 1. klik kanan pada mouse di ruang kosong pada dekstop anda. 2. klik new. 3. klik shortcut. 4. tetingkap create shortcut akan muncul. taipkan -s -t 0.klik next.selepas itu finish. 5. shortcut anda akan kelihatan di dekstop. klik kanan pada shortcut anda, dan klik properties-->change ikon. 6. rename atau namakan shortcut anda. selamat mencuba!!!

Kesan Prefetch dalam XP

Arghhh!!! dah lama saya tak update blog ni! bz la..lek keje dah penat..hari ni ada free skit. ok la..korang baca j la entri kali ni. Windows XP mengandungi satu direktori yang dipanggil Prefetch bagi menyimpan fail-fail dan aplikasi yang sering dicapai. Dengan prefetching atau dalam bahasa mudahnya "mengambil semula", Windows XP boleh membaca terus data-data di dalam direktori simpanan (cache) ini. Dengan ini anda akan mendapati prefetching boleh membantu meningkatkan kelajuan capaian fail dalam sistem. Walaubagaimanapun, sesetengah fail-fail di dalam direktori Prefetch jarang digunakan. Kesannya anda akan mengalami kelembapan semasa komputer dihidupkan (boot). Untuk mengatasi isu ini: 1 klik start button. 2 klik run dan taip prefetch. 3 tetingkap prefetch akan muncul. 4 pilih semua fail yang ada pada tetingkap itu dan delete.