Kali ini aku akan membawa satu isu yang agak menarik. Pernahkah anda terfikir kenapa di sesetengah tempat talian internet sudah tinggi tapi capaian internet masih lagi perlahan. Pernahkah anda terfikir mengapa ada organisasi yang talian internet rendah tapi capaian internet tidak pernah terputus atau terganggu? Pertama, kebanyakan organisasi pasti mempunyai polisi penggunaan internet. Perkara yang menjadi persoalan di sini ialah sejauh mana perlaksanaan polisi itu di laksanakan. Contoh polisi ialah pengguna tidak boleh melayari laman web yang menggunakan bandwith yang tinggi. Jika pengguna internet di organisasi tersebut tidak mengamalkan polisi yang telah digariskan trafik internet akan meningkat dan ini akan memperlahankan capaian internet sedia ada. Selain itu juga , kadang – kadang internet ini menjadi perlahan bukan di sebabkan oleh pengguna sahaja, ia juga boleh disebabkan oleh virus yang telah menyerang komputer atau struktur rangkaian di tempat anda . Oleh itu , pastikan anda meggunakan komputer dengan cara yang betul . Contohnya pastikan anda mempunyai antivirus dan pastikan virus paten diupdate bagi menggelakkan serangan atau jangkitan virus berlaku . Talian internet seringkali menjadi perlahan diwaktu tengahhari. Waktu ini dipanggil waktu puncak. Pada waktu ini ramai pengguna yang sedang mengakses dalam satu – satu masa . Oleh itu , anda adalah disarankan pilihlah waktu yang sesuai untuk melayari internet.